Tuesday, August 8, 2017

KOLEKSI IKLAN SITI




Ini adalah sebahagian iklan atau tv commercial yang pernah dijayakan oleh DCT. Banyak lagi sebenarnya tetapi saya tak jumpa di youtube. Iklan paling awal DCT terbabit adalah bersama Maybelline dan terbaru bersama Vivo.


- Jurucakap/model iklan Maybelline New York 1999/2000/2001/2002/2003
- Model minuman Pepsi 1999
- Model minuman Bleu 1999
- Modelodel telefon bimbit edisi terhad Mitsubishi Trium 2000
- Model Nippon Wiper Blade 2001
- Duta Yayasan Jusco (With All Our Heart) 2002-2009
- Jurucakap Olay (2006-2008)
- Jurucakap Pantene (2006-2008)
- Duta TMnet 2002-2003
- Jurucakap kamera Minolta 2003
- Duta Samsung 2004
- Jurucakap Maxis/Hotlink 2004
- Pengasas jenama kecantikan SimplySiti (2010-kini)
- Duta Vivo 2016-2017
















Ada beberapa iklan Pepsi yang dijayakan DCT dan ini salah satunya. Pepsi juga pernah bekerjasama untuk mempromosikan konsert pertama DCT iaitu Siti Nurhaliza Live In Concert 1999 di Stadium Putra, Bukit Jalil.

















Ini pula di antara iklan Hotlink yang paling disukai ramai. Penggambaran diadakan di beberapa lokasi termasuk di sekitar Putrajaya dan kali pertama DCT berganding dengan pelakon Farid Kamil.


I














Iklan yang menjalani penggambaran pada sebelah petang dan berakhir selepas jam 1 pagi untuk scene melibatkan DCT. Watak Dato' K atau suami DCT dalam iklan ini dilakonkan oleh bekas senior kami di SMK Clifford, Lipis (beberapa tahun ini baru kami tahu dan berjumpa kembali) dan gadis yang berlari mendapatkan suaminya yang baru pulang ke rumah itu adalah pelakon 'stand-in'. Saya tahu ramai yang menjangkakan gadis tersebut adalah DCT kerana ada yang mengatakan gaun yang dikenakan kelihatan sedikit terselak sewaktu berlari.



Kerjasama DCT bersama TMNet banyak memberikan pendedahan baru kepadanya termasuk mendapat tajaan muzik video. Ini adalah diantara muzik video yang ditaja oleh TMNet dan sebagai salah satu cara mempromosikan produk mereka. Muzik video Debaran Cinta ini menggandingkan DCT bersama pelakon Nicholas Saputra dan juga gadis-gadis 3R.




Ini adalah sebuah lagi muzik video yang diterbitkan oleh TMNet dari lagu DCT yang berjudul Ku Milikmu. Penggambaran untuk muzik video ini mengambil masa dua hari iaitu sehari penggambaran lakonan luar dan sehari lagi di studio. Scene DCT di dalam studio (atas buaian) itu berkahir sekitar jam 3 pagi.





 Lagu Aktifkan Dirimu diciptakan khas untuk    mempromosikan Hotlink sempena Konsert              Fantasia Tour 2004. Iklan ini turut menampilkan      pelakon Lisa Surihani dan Sazzy Falak.




Ini adalah iklan minyak wangi keluaran SimplySiti. penampilan DCT sedikit sahaja dan beliau menampilkan pemain bolasepak Apek dan model-model lain adalah Leuniey, SM Khalis dan Adam.


Iklan Olay yang paling `mudah & santai' penggambarannya. DCT hanya perlu duduk di dalam kereta dan semua lakonan atau aksinya hanya di dalam kereta sahaja.



Iklan Vogue Edition SimplySiti yang turut melibatkan para peminatnya untuk babak di karpert merah. Dua model lain turut menyerikan iklan ini.





Salah satu iklan SimplySiti dari DCT yang menghimpunkan beberapa produk keluaran terbarunya.




Perkongsian DCT mengenai produk SimplySiti yang halal dan sihat dalam iklan pendek ini.



















































KEMBALI SELEPAS 2 TAHUN

RECAP

2014 saya kembali menulis di blog bernama baru ini dan berakhir sekitar 2015. Lama juga saya berdiam dan tidak menulis blog, saya lebih menumpukan tulisan dan perkongsian kehidupan serta kerjaya di facebook dan instagram serta turut berangkai ke twitter. Kasihan blog, selalu saja tertinggal walaupun saya lebih gemar menulis cerita panjang di sini.

Banyak perkara yang terjadi sepanjang hampir 2 tahun tidak menulis di blog ini. Saya cuba untuk mengabadikan sesuatu yang manis dan bermakna di sini meski tidak kesemuanya.

2015

Mac 2015-Jadual asal DCT berubah perancangan dan kami mengisi kekosongan April dengan kertas kerja `ad-hoc' yang dihantar ke Istana Budaya. Saya menyiapkan cadangan kertas kerja untuk mengadakan sebuah konsert unplugged DCT bagi mengisi kekosongan acara tahunan Minggu Setiausaha yang terpaksa kami tolak pada awalnya.

Manusia merancang tapi Allah yang menentukan, oleh kerana jadual asal sudah berubah, kami berfikir supaya April tahun ini dapat diadakan juga satu persembahan khas atau `showcase' berskala sederhana. Memandangkan perancangan mengadakan konsert ini baru tercertus, saya terus menghubungi Ketua Pengarah Istana Budaya, Abang Joe dan mengadakan pertemuan dengannya. Saya menunjukkan kertas kerja mengenai Dato' Siti Nurhaliza Unplugged dan beliau terus bersetuju serta mengemukakan tarikh yang kosong pada ketika itu.

Diringkaskan cerita, segala kerja bermula. Penjualan tiket juga mengambil masa tidak sampai 3 minggu tetapi habis.Panggung Sari penuh untuk satu malam itu.

*Berskala sederhana kerana konsert ini diadakan dalam masa yang singkat perancangannya dan pihak kami juga tidak mempunyai penaja. Skala sederhana dipilih bagi menyesuaikan dengan kemampuan kami untuk menerbitkannya.


DCT UNPLUGGED 2017

April 2015- 7 april 2015 mencatat sejarah tersendiri kepada DCT, ini juga kelangsungan kami meraikan 20 tahun beliau di dalam industri muzik. April sentiasa sinonim di dalam karier DCT kerana setiap 1 April, kami akan meraikan ulangtahun kerjaya seni beliau.

Trivia DCT Unplugged 2017

1) Perancangan dan persediaan konsert ini dilakukan tidak sampai sebulan. Tiket konsert ini juga habis dijual dalam masa 2 minggu.

2) Konsep unplugged dipilih kerana DCT mahu mengadakan sebuah konsert yang berskala sederhana, persembahan santai, tidak terlalu tinggi kos produksi tetapi mengetengahkan susunan muzik terkini dan terbaik.

3) DCT mengundang Faizal Tahir bermain gitar untuk lagu Aku (lagu ciptaan Faizal Tahir dalam album Fragmen) dan juga Awi Rafael untuk lagu Mula Dan Akhir (lagu ciptaan Awi Rafael dalam album Fragmen)

4) Lagu-lagu yang dipilih adalah menerusi lagu dari album pertama DCT sehingga album terkini pada waktu itu, Fragmen. Lagu-lagu tersebut diberi susunan baru oleh Pengarah Muzik, Aubrey Suwito.

5) Allahyarham Adnan Abu Hassan telah diundang bermain piano bagi mengiringi persembahan DCT  untuk lagu Jerat Percintaan dan Gelora Asmara. Kedua-dua lagu tersebut merupakan lagu ciptaan Allahyarham sendiri.

6) DCT turut menyampaikan dua buah lagu evergreen kegemarannya di dalam konsert ini iaitu Epilog Cinta Dari Bromley (nyanyian asal Suhaimi Meor Hassan) dan Suratan Atau Kebetulan (nyanyian asal Kenny, Remy dan  Martin).

7) Saya membuat pemilihan lagu dan juga cadangan konsep untuk konsert ini hanya dengan bermesej di Whatsapp bersama DCT kerana pada waktu tersebut beliau berada di China.

DCT bersama Aubrey Suwito selaku pengarah muzik

DCT bersama Allahyarham Adnan Abu Hassan
Set dan dekorasi pentas yang ringkas hanya gantungan tirai serta chandeliar




DCT dalam persalinan merah jambu lembut rekaan Rizman Ruzaini

Bersama para penari untuk lagu medley rancak


Wajah yang puas kerana dapat menghiburkan para penonton































































































Mei 2015- MANIS ULANGTAHUN

10 Mei 2015- Menjelang tengah malam 11 Mei, sahabat-sahabat meraikan sambutan hari lahir saya. Acara tahunan mesti ada kejutan dan temanya masih sama iaitu merah jambu. Bezanya tahun ini saya telah `ditepungkan' oleh mereka. Tak mengapalah, saya reda sebab memang setiap yang menyambut hari lahir dalam kumpulan kami tahun ini, telah dan akan menerima nasib yang sama.

Ulangtahun saya yang ke 41, diraikan di Restoran Picknik di Publika. Sahabat-sahabat saya tahu di sini ada pavlova kegemaran saya . Alhamdulillah, ingatan, kebersamaan, doa dan sokongan mereka ini sangat mendukung kehidupan saya. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

Trivia hari lahir ke 41

1) Saya diminta bersiap mengenakan pakaian bertema merah jambu dan dirahsiakan tempat sambutannya.

2) Apabila kereta yang membawa saya sampai di sekitar Publika, saya sudah dapat mengagak bahawa mereka akan meraikan hari lahir saya di restoran Picknik.

3) Saya dibawa mengikut jalan yang agak jauh (mungkin belum siap persiapan) dan kononnya tidak ada sesiapa hanya rakan yang membawa saya sahaja yang mahu mengajak saya makan malam. (Saya tahu, rakan-rakan yang lain sedang bersedia).

4) Dari jauh sewaktu mahu memasuki lorong ke restoran Picknik, saya sudah nampak rakan-rakan saya memegang kek yang sudah dipasangkan lilin. Nyanyian `Happy Birthday' kemudiannya berkumandang dalam nada sumbang hahahahaha...

5) Acara seterusnya meniup lilin, memotong kek dan kami mula memesan makanan. Sambil itu kami juga bermain permainan`tanya-tanya'. Selalunya kalau kami berkumpul, kami akan bermain permainan ini dan semua orang harus menjawab pertanyaan yang dikemukakan. Setiap orang harus bertanya soalan secara bergilir-gilir. Malam hari lahir saya itu agak istimewa kerana semua orang harus bercakap, bercerita atau bertanya soalan/kisah mengenai diri saya. Tersipu-sipu saya jadinya...hahahaha...

6) Makan malam selesai, bergambar juga sudah, sampailah waktunya untuk kami pulang. Tanpa diduga, saya telah ditepung di tempat meletak kereta. Habis tudung dan muka saya kena tepung. Apalagi, sesi membalas dendam pun bermula, saya ambil tepung dan kejar rakan-rakan 'nakal' saya. Sedikit seorang merasalah `bertepung' gomak malam itu.

Muka seronok dapat makan pavlova kegemaran yang sangat sedap

Terima kasih sahabat-sahabat yang meraikan.
Suasana dan dekorasi yang sangat menenangkan jiwa

Banyak sangat belon, tak tahu nak pegang yang mana satu...

Kejutan dari DCT, suasah-susah aje...hehehe...

DCT meminta Event4u membuat kejutan ini
sewaktu saya menemani DCT di Astro.






Friday, March 13, 2015

JANGAN AMBIL

Kehidupan ini terlalu singkat, nikmatilah dengan kebahagiaan dan keindahan.

Jika dalam keadaan biasa sekalipun, ruang yang ada sempit dan waktu yang ada sedikit, bagaimana jika adanya sengketa? Yang sempit jadi lebih terhimpit dan yang sedikit jadi cuma secubit.

Sangat indah jika kita dapat membaca takdir, dan keinginan tak pernah mungkir. Sebagaimana pagi menjanjikan celik yang terindah dan malam menanti dengan pejam yang damai. 

Jangan ambil ruang itu
Jangan dibawa pergi waktu
Biarkan yang tinggal kekal.

Thursday, March 12, 2015

JIKA INI BAHAGIANMU...

Bohong, jika aku tidak rebah, satu ketika dulu. Aku menayangkan kembali kitar hidupku dengan segala remuk yang kubawa. Aku bangkit, bangkit dengan sesuatu yang bertahun2 ku mohon, dan satu hari ku yakin Dia Maha Mendengar. Dan inilah aku hari ini.....

Namun, jika hari ini adalah bahagianmu...aku tunggu di sini. Aku tahu kamu mungkin tidak sekuat diriku. Aku selalu mempercayai kata hati dan kata hati itu selalu memberi bukti.

Ya, aku tunggu. Satu saat jika airmata adalah temanmu, aku ada.

Bahagian setiap daripada kita adalah ujianNya. Syukur dan terima. Kita jadi insan yang terpilih. Bukankah kita diuji berdasarkan kemampuan kita sebagai hambaNya? 

Aku menemani. Memerhati. InshaAllah..kan selalu ada.

HUJANKAN BUNGA

Hujankan bunga. Ingin sekali aku menyuntingnya buat harum. Buat seri, buat hiasan. Sebagaimana aku mengidamkan hari2 ku tak pernah berubah; biar tak berongga sedikitpun ruang untukku di hatimu.


Wednesday, March 11, 2015

KETIKA TIADA HARI UNTUK KETAWA


KITALAH PEMUJUK SEJATI

Ramai rakan wanitaku yang terjerat dengan rasa tidak puas hati tatkala bagi mereka pria tak pernah memahami isi hati. Pria tidak peka dengan sekitar rasa orang kesayangan, jauh mahu memujuk kala marah/kesal/cemburu, menjauhkan diri apabila ada masalah, berdiam kala sesuatu hal yang buntu dan tak kurang yang mengambil sikap endah tidak endah.

Percayalah..kitalah pemujuk hati yang sejati. Tidak ada orang lain. Telan. Itu benar. Jangan mencari sempurna. Tak mungkin. Jika di depan mata seadanya, baikilah bersama, bincanglah berdua dan jalinkan apa yang lerai, satukan apa yang pecah dan sempurnakan dengan cara yang kita mahukan meski tak sama.

Berhati-hati dengan perasaan sendiri kerna kita takkan ada yang memujuk.

KOLEKSI IKLAN SITI

Ini adalah sebahagian iklan atau tv commercial yang pernah dijayakan oleh DCT. Banyak lagi sebenarnya tetapi saya tak jumpa di youtub...