Kadang-kadang saya tertawa sendiri, ada juga rasa penat, lelah juga adakalanya tetapi saya selalu merasakan saya punya hati yang bahagia. Saya mula positif sejak beberapa tahun ini, saya jarang sekali mengeluh, saya tidak mengira bahawa kepenatan itu kekesalan, saya mengambil semuanya dengan lapang dada. Jom ikuti sehari dalam hidup saya, saya mengambil contoh hari ini....
Saya terjaga seawal jam 3.14 pagi (perut saya menggesa saya ke kamar kecil). Mata saya tak lagi boleh lelap selepas itu. Saya menunggu jam 4.30 pagi, ke dapur dan memanaskan lauk2 untuk bersahur. Jam 5 pagi saya kejutkan anak2. Sambil mereka makan dan menunggu imsak, saya membelek-belek emel di dalam telefon bimbit. Emel untuk tempahan sambal hitam Resipi Sangdewi dan emel untuk tempahan Sangdewi In Style.
Nampak mudah tetapi perlu fokus. Setiap emel saya harus balas, harus lihat pesanan, harus mengambil tempahan dan akhir sekali saya akan foward emel/tempahan tersebut (dalam bentuk screen shot) kepada abang saya yang akan menyiapkan tempahan sambal tersebut dan mengeposnya menerusi Resipi Sangdewi. Itu belum lagi saya harus menjawab pertanyaan mengenai pesanan mereka sudah dipos, setiap kali ditanya saya harus membelek-belek slip (pos laju) dan mencari nama2 mereka, seterusnya memberikan tracking number.
Saya juga menyiapkan pesanan Sangdewi In Style, mencari stok setiap tempahan, membungkus, menulis borang pos laju dan kemudian akan mengeposnya bila saya sudah ke pejabat nanti. Syukur kerana tempat pengeposan tidak jauh dari pejabat saya bekerja.
Bulan puasa ini kira rutin memasak saya berubah. Saya tidak perlu menyediakan makanan tengahari sebelum keluar bekerja. Saya ke pejabat sekitar jam 9 pagi. Sampai di pejabat, perkara utama saya hendak buat hari ini adalah mengumpul nama-nama client dan juga pihak yang banyak bekerjasama dengan SNP. Saya dan Miela sama-sama menaip nama orang yang hendak dihantarkan kad, meletakkan kad di dalam sampul, menampal setem (dibantu Aiman) dan seterusnya mengasingkan setiap kad mengikut negeri. Saya juga masih juga menjawab emel berkenaan pesanan sambal hitam dan Sangdewi In Style, apa saja yang perlu dikemaskini atau update, saya kena lakukan pada masa itu juga kerana saya tidak mahu bertangguh, nanti tentu akan panjang kesilapan dan ada perkara yang tertinggal.
Pada masa saya sibuk menyiapkan kad raya, saya mencuri masa untuk menyediakan press release atau kenyataan akhbar untuk album Fragmen. Ini juga salah satu tugas rutin saya untuk setiap album boss. Saya suka menulis sendiri kerana saya faham dan tahu menginterpretasikan apa yang boss maksudkan dalam sesebuah album yang dihasilkan.
Selesai menyediakan press release, saya juga membalas emel-emel kerja saya di pejabat, dan menjawab pertanyaan/permintaan banyak pihak untuk mengundang boss di sms dan whatsapp.
Setelah separuh daripada kad raya selesai dan boleh dipos, saya ke pejabat pos, selain mengepos kad raya, saya juga mengepos pesanan Sangdewi In Style. Oleh kerana berpuasa dan tidak ada waktu rehat untuk makan tengahari, saya mencuri waktu mengepos kad/pesanan2. Saya juga singgah di ATM, mengeluarkan duit/wang hasil jualan sambal hitam yang dimasukkan ke dalam akaun saya.
Seterusnya saya ke Resipi Sangdewi, mengira hasil jualan, menjadi akauntan seketika dan akhirnya saya menyerahkan wang yang saya keluarkan tadi ke restoran saya.Saya menjadi seronok, puas dan berasa lapang.
Saya kembali ke pejabat, menghabiskan sisa-sisa kerja sebelum petang dan kembali nanti ke rumah untuk memasak bagi persediaan berbuka puasa. Rutin yang tidak akan habis selagi kita berkudrat dan bergelar manusia.
Senyumlah. Hela nafas puas. Kita telah memaksimakan hari2 kita dengan tidak menggesa tenaga tetapi bekerja atas tanggungjawab/amanah dan apa yang kita mahu laksanakan. Pulang ke rumah, duduklah sebentar di hadapan cermin. Lihatlah diri anda, berbanggalah. Hanya kita dan cermin, jangan malu untuk berbangga. Itulah wajah kita..selelah mana pun, kita puas. Alhamdulillah.
Di sini halamannya tidak berpagar. Ruangnya juga tidak besar. Menjadi jalan masuk dan keluar. Jika senyumku lebar, di sinilah berlegar. Jika hariku tawar, di sinilah penawar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KOLEKSI IKLAN SITI
Ini adalah sebahagian iklan atau tv commercial yang pernah dijayakan oleh DCT. Banyak lagi sebenarnya tetapi saya tak jumpa di youtub...
-
RECAP 2014 saya kembali menulis di blog bernama baru ini dan berakhir sekitar 2015. Lama juga saya berdiam dan tidak menulis blog, saya le...
-
Ini adalah sebahagian iklan atau tv commercial yang pernah dijayakan oleh DCT. Banyak lagi sebenarnya tetapi saya tak jumpa di youtub...
-
Kehidupan ini terlalu singkat, nikmatilah dengan kebahagiaan dan keindahan. Jika dalam keadaan biasa sekalipun, ruang yang ada sempit dan ...
No comments:
Post a Comment