Kehidupan ini terlalu singkat, nikmatilah dengan kebahagiaan dan keindahan.
Jika dalam keadaan biasa sekalipun, ruang yang ada sempit dan waktu yang ada sedikit, bagaimana jika adanya sengketa? Yang sempit jadi lebih terhimpit dan yang sedikit jadi cuma secubit.
Sangat indah jika kita dapat membaca takdir, dan keinginan tak pernah mungkir. Sebagaimana pagi menjanjikan celik yang terindah dan malam menanti dengan pejam yang damai.
Jangan ambil ruang itu
Jangan dibawa pergi waktu
Biarkan yang tinggal kekal.
Di sini halamannya tidak berpagar. Ruangnya juga tidak besar. Menjadi jalan masuk dan keluar. Jika senyumku lebar, di sinilah berlegar. Jika hariku tawar, di sinilah penawar.
Friday, March 13, 2015
Thursday, March 12, 2015
JIKA INI BAHAGIANMU...
Bohong, jika aku tidak rebah, satu ketika dulu. Aku menayangkan kembali kitar hidupku dengan segala remuk yang kubawa. Aku bangkit, bangkit dengan sesuatu yang bertahun2 ku mohon, dan satu hari ku yakin Dia Maha Mendengar. Dan inilah aku hari ini.....
Namun, jika hari ini adalah bahagianmu...aku tunggu di sini. Aku tahu kamu mungkin tidak sekuat diriku. Aku selalu mempercayai kata hati dan kata hati itu selalu memberi bukti.
Ya, aku tunggu. Satu saat jika airmata adalah temanmu, aku ada.
Bahagian setiap daripada kita adalah ujianNya. Syukur dan terima. Kita jadi insan yang terpilih. Bukankah kita diuji berdasarkan kemampuan kita sebagai hambaNya?
Aku menemani. Memerhati. InshaAllah..kan selalu ada.

HUJANKAN BUNGA
Hujankan bunga. Ingin sekali aku menyuntingnya buat harum. Buat seri, buat hiasan. Sebagaimana aku mengidamkan hari2 ku tak pernah berubah; biar tak berongga sedikitpun ruang untukku di hatimu.
Wednesday, March 11, 2015
KITALAH PEMUJUK SEJATI
Ramai rakan wanitaku yang terjerat dengan rasa tidak puas hati tatkala bagi mereka pria tak pernah memahami isi hati. Pria tidak peka dengan sekitar rasa orang kesayangan, jauh mahu memujuk kala marah/kesal/cemburu, menjauhkan diri apabila ada masalah, berdiam kala sesuatu hal yang buntu dan tak kurang yang mengambil sikap endah tidak endah.
Percayalah..kitalah pemujuk hati yang sejati. Tidak ada orang lain. Telan. Itu benar. Jangan mencari sempurna. Tak mungkin. Jika di depan mata seadanya, baikilah bersama, bincanglah berdua dan jalinkan apa yang lerai, satukan apa yang pecah dan sempurnakan dengan cara yang kita mahukan meski tak sama.
Berhati-hati dengan perasaan sendiri kerna kita takkan ada yang memujuk.

Tuesday, March 10, 2015
DITULISKAN...
Mungkin ada satu hari yang sudah, sedang atau akan datang dalam hidup kita, diminta oleh seseorang untuk menuliskan perasaan kita untuk mereka pada satu-satu hari yang mungkin dimaknai oleh mereka yang tahu saja.
Aku pernah menuliskan ini. Tafsiran olehnya tentang sifat bahasaku: GELISAH.
Mungkin tidak begitu tepat tetapi itu sebahagian rasanya juga. Lebih dari itu sebenarnya.
Aku pernah menuliskan ini. Tafsiran olehnya tentang sifat bahasaku: GELISAH.
Mungkin tidak begitu tepat tetapi itu sebahagian rasanya juga. Lebih dari itu sebenarnya.
Thursday, February 26, 2015
KUNCI
Sebagaimana sukarnya dia menutup pintu malam, begitulah sukarnya dia menatap jendela pagi. Rutin hidupnya keras dan tak berhenti. Kunci. Tak siapa sedari dia telah lama membunuh kehidupannya dalam bahagia bersela hari pergi..pergi..pergi...
MENERIMA
Belajar menerima meski perlahan.
Semalam itu adalah cerita kenangan. Simpan.
Hari ini mungkin tidak sama, tidak lagi serupa...
Tulisannya hilang
Matanya tiada bintang
Tiada ruang
Tiada peluang
Butir bicaranya boleh dibilang
Tiada senyum riang
Tiada tawa girang
Dan kenangan jadi sangat mahal
Tak terbayar dek kesal.
Thursday, February 19, 2015
UNTOLD.....
Tidurnya terganggu..emosinya pilu. Harinya kelabu..kata2nya beku. Hangat kelopak matanya hanya hatinya yang tahu. Berjalan tak tahu menuju...mencari tak sampai ke situ.
Tuesday, February 17, 2015
UNSKIPPABLE 3
Memegang momen. Meski tidak indah caranya, meski tidak cantik mula akhirnya, namun ku pegang. Itu momen. Jika hidup hanya menghadam keindahan, bagaimana membentuk hari ini dengan lapang. Kesakitan pasti ada. Pahit tentu datang. Sukarnya membendung rasa sesukar semua yang datang pergi, hilang.
Sedu sedan. Biarkan. Sapu saja. Airmata tentu ada. Sapu saja. Sangat dalam luka kali ini, berkecai katanya. Sangat dalam juga luka di sini mendengarnya. Apa yang ku punya kala ini?
Friday, February 13, 2015
PERCAKAPAN KEPADA DIRI MOGA SAMPAI.....
Muhasabah dan menilai diri. Saat maaf tak lagi bererti. Saat kesungguhan bukan lagi peduli. Muhasabahlah.
Tubuh dan minda bagai tak bersatu, mati.
Tubuh dan minda bagai tak bersatu, mati.
PEMERGIAN TGNA
Tak terkata rasanya menerima berita ini. Beberapa kali hanya nampak kelibat beliau dalam beberapa acara dan terserempak di sebuah restoran seusai beliau makan, itu saja kenangan yang saya ada dapat melihat beliau. Namun segala kekaguman terhadapnya kekal. Tak pernah terpedaya dengan kata-kata orang, tak juga melihat beliau dari sisi yang sebaliknya, justeru ketenangan, keteguhan agama beliau serta dibariskan di antara para ulama tersohor dunia-sudah cukup untuk meletakkan rasa kasih sayang kepada sosok yang pergi meninggalkan dunia ini semalam, 12 Februari 2015. Al-Fatihah buat Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz. Semoga diangkat di sisi Allah dalam golongan terpuji dan para anbia.
Lagu dalam video ini dirakamkan oleh Dato' Siti Nurhaliza di dalam album Pancawarna. Namun ada yang mengaitkannya sebagai dedikasi kepada TGNA. Penulis lirik lagu ini adalah kakak kesayangan saya, Kak Habsah Hassan. Bagi saya, setiap lelaki ada perjuangannya sendiri kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. Semoga setiap pengorbanan mereka ini terbalas dengan tempat yang mulia di sisi Allah.
Hari yang sangat suram. Jauh tapi terasa. Ketiadaan selalu menjadikan sayu lekat dalam hati. Ya Allah...
Wednesday, February 11, 2015
KEMBALI MEMERIKSA
Barangkali alpa dan terlupa memeriksa, bagaimana rupa hatiku kala ini? Di manakah titik nodanya hingga terlihat dek orang aku ini tidak berhati perut?
Apakah aku semakin keras justeru begitulah pertemanan hidupku. Terlalu berseorangankah aku hingga aku tidak pandai menjaga hati yang lain, terlalu berdikarikah aku sehingga terlihat angkuh untuk berkongsi sesekali?
Ya Tuhan, mungkin benar, tidak terbuka kepada sesiapa memberikan kongkongan kepada orang menelah bagaimana aku? Kau Maha Mengetahui, aku selalu mendahulukan orang lain dari diri sendiri, aku takkan pernah menunjukkan di kala aku jatuh, bagaimana aku susah, bagaimana aku terkapai2..jauh sekali meminta simpati, apakah ini membuatkan aku terlihat tidak pernah peduli dan simpati kepada orang lain?
Kamu Maha Mengetahui.
Dan perkara paling aku peluk kemas adalah, jangan pernah ada yang faham kala bila jatuhnya air mataku.
Khilaf, hanya khilaf aku....

DALAM
Dalam.
Diam.
Bungkam.
Suram.
Pendam.
Berapa lama lagi siang sebelum menjengah malam? Tahukah malam aku paling benci saat segalanya belum usai sebelum pejam?
Monday, January 19, 2015
JAGA DIA UNTUKKU
Kisahnya...
Aubrey: Rozi, I nak you tulis lirik lagu baru ni...(itu kata Aubrey Suwito)
Saya: Oh, tak mahu Aubrey, saya tak berani dan saya malu kalau lagu untuk Siti. U minta Siti buat lirik sendiri pun ok.
Dan perbualan kami bersambung dengan adegan tolak menolak (tolak menolak untuk menulis lirik) sehinggalah Siti sendiri meminta saya menulisnya. Oleh kerana beliau adalah soft spot saya, akhirnya saya menurut.
Terinspirasi akan segala kemungkinan kala kita mungkin tak mampu berbuat apa-apa kecuali berdoa. Memohon pada yang Maha Berkuasa untuk melindungi dan menjaga orang yang kita sayang. Kejauhan terasa lagi jauh dan berat, andai saat dia memerlukan kita tiada. Perjalanan jadi makin lambat meski waktu bergerak seiring langkah namun segalanya bagai tak memihak untuk menjadi cepat.
Alhamdulillah. Ramai yang memahami, mendalami dan menyukai. Saya berterima kasih kepada Aubrey Suwito yang selalu mempelawa karya saya untuk isterinya Leitin dan juga beliau. Itu senjata menawan saya untuk berkarya justeru saya amat malu untuk ke depan tanpa alasan.
Terima kasih. Saya selalu berterima kasih walaupun inilah 2 perkataan paling sukar untuk saya ungkap meski jauh di sudut hati saya amat menghargai. Buat inspirasi, buat penggerak pena, pencetus rasa...buat segala2nya yang membantu saya hidup dengan nafas kekuatan.
MEMULAI 2015
Ketika aku masih celik, ketika aku masih belum membenarkan seluruh hidup mendiamkan detik. Sudah jua melalui 2015 untuk hari-harinya. Sudah juga melalui pengakhir 2014 dengan segala momento yang tak tertulis justeru bahasanya sungguh menyedihkan. Rasanya kerdil. Rasa yang menjadi kecil, terbelah dan terpecah-menjadikan aku seorang yang amat sedar diri.
2015-aku belum mahu mendengarkan janji-janji. Aku juga belum pasti menunaikan mimpi-mimpi.
Di mana saktinya berani, di situ hapusnya mimpi. Ya, aku mungkin belum berani. Tapi aku mengharung realiti ini. Terima kasih Allah, aku syukuri segala nikmat Kau beri.
Jika aku mahu menangguhkan sesuatu..apakah ada yang berbeza dalam hidupku?
Jika aku mahu merubah dan mengulang semula...apakah memang akan ada bezanya?

Subscribe to:
Posts (Atom)
KOLEKSI IKLAN SITI
Ini adalah sebahagian iklan atau tv commercial yang pernah dijayakan oleh DCT. Banyak lagi sebenarnya tetapi saya tak jumpa di youtub...
-
RECAP 2014 saya kembali menulis di blog bernama baru ini dan berakhir sekitar 2015. Lama juga saya berdiam dan tidak menulis blog, saya le...
-
Ini adalah sebahagian iklan atau tv commercial yang pernah dijayakan oleh DCT. Banyak lagi sebenarnya tetapi saya tak jumpa di youtub...
-
Ramai rakan wanitaku yang terjerat dengan rasa tidak puas hati tatkala bagi mereka pria tak pernah memahami isi hati. Pria tidak peka dengan...