Kisahnya...
Aubrey: Rozi, I nak you tulis lirik lagu baru ni...(itu kata Aubrey Suwito)
Saya: Oh, tak mahu Aubrey, saya tak berani dan saya malu kalau lagu untuk Siti. U minta Siti buat lirik sendiri pun ok.
Dan perbualan kami bersambung dengan adegan tolak menolak (tolak menolak untuk menulis lirik) sehinggalah Siti sendiri meminta saya menulisnya. Oleh kerana beliau adalah soft spot saya, akhirnya saya menurut.
Terinspirasi akan segala kemungkinan kala kita mungkin tak mampu berbuat apa-apa kecuali berdoa. Memohon pada yang Maha Berkuasa untuk melindungi dan menjaga orang yang kita sayang. Kejauhan terasa lagi jauh dan berat, andai saat dia memerlukan kita tiada. Perjalanan jadi makin lambat meski waktu bergerak seiring langkah namun segalanya bagai tak memihak untuk menjadi cepat.
Alhamdulillah. Ramai yang memahami, mendalami dan menyukai. Saya berterima kasih kepada Aubrey Suwito yang selalu mempelawa karya saya untuk isterinya Leitin dan juga beliau. Itu senjata menawan saya untuk berkarya justeru saya amat malu untuk ke depan tanpa alasan.
Terima kasih. Saya selalu berterima kasih walaupun inilah 2 perkataan paling sukar untuk saya ungkap meski jauh di sudut hati saya amat menghargai. Buat inspirasi, buat penggerak pena, pencetus rasa...buat segala2nya yang membantu saya hidup dengan nafas kekuatan.
Salam perkenalan kak RoziSangDewi
ReplyDeleteLagu ni, mmg sedap kak Rozi .. ada aura tersendiri
http://faceblogisra.blogspot.com/2014/02/lirik-lagu-jaga-dia-untuk-ku-siti.html