Friday, February 13, 2015

PERCAKAPAN KEPADA DIRI MOGA SAMPAI.....

Muhasabah dan menilai diri. Saat maaf tak lagi bererti. Saat kesungguhan bukan lagi peduli. Muhasabahlah. 
Tubuh dan minda bagai tak bersatu, mati. 

PEMERGIAN TGNA



Tak terkata rasanya menerima berita ini. Beberapa kali hanya nampak kelibat beliau dalam beberapa acara dan terserempak di sebuah restoran seusai beliau makan, itu saja kenangan yang saya ada dapat melihat beliau. Namun segala kekaguman terhadapnya kekal. Tak pernah terpedaya dengan kata-kata orang, tak juga melihat beliau dari sisi yang sebaliknya, justeru ketenangan, keteguhan agama beliau serta dibariskan di antara para ulama tersohor dunia-sudah cukup untuk meletakkan rasa kasih sayang kepada sosok yang pergi meninggalkan dunia ini semalam, 12 Februari 2015. Al-Fatihah buat Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz. Semoga diangkat di sisi Allah dalam golongan terpuji dan para anbia.


Lagu dalam video ini dirakamkan oleh Dato' Siti Nurhaliza di dalam album Pancawarna. Namun ada yang mengaitkannya sebagai dedikasi kepada TGNA. Penulis lirik lagu ini adalah kakak kesayangan saya, Kak Habsah Hassan. Bagi saya, setiap lelaki ada perjuangannya sendiri kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. Semoga setiap pengorbanan mereka ini terbalas dengan tempat yang mulia di sisi Allah.

Hari yang sangat suram. Jauh tapi terasa. Ketiadaan selalu menjadikan sayu lekat dalam hati. Ya Allah...

Wednesday, February 11, 2015

KEMBALI MEMERIKSA

Barangkali alpa dan terlupa memeriksa, bagaimana rupa hatiku kala ini? Di manakah titik nodanya hingga terlihat dek orang aku ini tidak berhati perut? 
Apakah aku semakin keras justeru begitulah pertemanan hidupku. Terlalu berseorangankah aku hingga aku tidak pandai menjaga hati yang lain, terlalu berdikarikah aku sehingga terlihat angkuh untuk berkongsi sesekali?
Ya Tuhan, mungkin benar, tidak terbuka kepada sesiapa memberikan kongkongan kepada orang menelah bagaimana aku? Kau Maha Mengetahui, aku selalu mendahulukan orang lain dari diri sendiri, aku takkan pernah menunjukkan di kala aku jatuh, bagaimana aku susah, bagaimana aku terkapai2..jauh sekali meminta simpati, apakah ini membuatkan aku terlihat tidak pernah peduli dan simpati kepada orang lain?
Kamu Maha Mengetahui.
Dan perkara paling aku peluk kemas adalah, jangan pernah ada yang faham kala bila jatuhnya air mataku.
Khilaf, hanya khilaf aku....

DALAM


Dalam.
Diam.
Bungkam.
Suram.

Pendam.

Berapa lama lagi siang sebelum menjengah malam? Tahukah malam aku paling benci saat segalanya belum usai sebelum pejam?

Monday, January 19, 2015

JAGA DIA UNTUKKU


Kisahnya...

Aubrey: Rozi, I nak you tulis lirik lagu baru ni...(itu kata Aubrey Suwito)

Saya: Oh, tak mahu Aubrey, saya tak berani dan saya malu kalau lagu untuk Siti. U minta Siti buat lirik sendiri pun ok.

Dan perbualan kami bersambung dengan adegan tolak menolak (tolak menolak untuk menulis lirik) sehinggalah Siti sendiri meminta saya menulisnya. Oleh kerana beliau adalah soft spot saya, akhirnya saya menurut.

Terinspirasi akan segala kemungkinan kala kita mungkin tak mampu berbuat apa-apa kecuali berdoa. Memohon pada yang Maha Berkuasa untuk melindungi dan menjaga orang yang kita sayang. Kejauhan terasa lagi jauh dan berat, andai saat dia memerlukan kita tiada. Perjalanan jadi makin lambat meski waktu bergerak seiring langkah namun segalanya bagai tak memihak untuk menjadi cepat.

Alhamdulillah. Ramai yang memahami, mendalami dan menyukai. Saya berterima kasih kepada Aubrey Suwito yang selalu mempelawa karya saya untuk isterinya Leitin dan juga beliau. Itu senjata menawan saya untuk berkarya justeru saya amat malu untuk ke depan tanpa alasan.

Terima kasih. Saya selalu berterima kasih walaupun inilah 2 perkataan paling sukar untuk saya ungkap meski jauh di sudut hati saya amat menghargai. Buat inspirasi, buat penggerak pena, pencetus rasa...buat segala2nya yang membantu saya hidup dengan nafas kekuatan.

UNSKIPPABLE 2



MEMULAI 2015

Ketika aku masih celik, ketika aku masih belum membenarkan seluruh hidup mendiamkan detik. Sudah jua melalui 2015 untuk hari-harinya. Sudah juga melalui pengakhir 2014 dengan segala momento yang tak tertulis justeru bahasanya sungguh menyedihkan. Rasanya kerdil. Rasa yang menjadi kecil, terbelah dan terpecah-menjadikan aku seorang yang amat sedar diri.

2015-aku belum mahu mendengarkan janji-janji. Aku juga belum pasti menunaikan mimpi-mimpi. 
Di mana saktinya berani, di situ hapusnya mimpi. Ya, aku mungkin belum berani. Tapi aku mengharung realiti ini. Terima kasih Allah, aku syukuri segala nikmat Kau beri.

Jika aku mahu menangguhkan sesuatu..apakah ada yang berbeza dalam hidupku?
Jika aku mahu merubah dan mengulang semula...apakah memang akan ada bezanya?

KOLEKSI IKLAN SITI

Ini adalah sebahagian iklan atau tv commercial yang pernah dijayakan oleh DCT. Banyak lagi sebenarnya tetapi saya tak jumpa di youtub...